Monday, 4 February 2013

Trip To Sarawak ( Day 1)

Hohoi..Lama betul amik masa nak hapdet trip g sarawak bln lepas..Banyok keje nk kena settle after balik hari tu..Lotih..Lotih..Bila rajin mood plaks xde..Bila mood ada, malas plak..Pastu bila malas, semuanya tak jadi ape..Alasan, alasan, alasan lagi..Camni tahun depan jelah hapdet..Tskk

16 January - 22 January lepas aku & Waty telah pegi besiar-siar ke Sarawak selama seminggu..SEMINGGU okeh..Aku jadi buntu apelah nk buat kat sana nanti..Ni sume keje waty la ni..Die mmg pandai bab2 booking ni..tu sampai seminggu we all kat sana..xpela..apakan daya, nasi dah jadi bubur..So nak tak nak kena plan la xtvt yang nk dibuat kat sana nanti..

Ok, dimulakan dengan menggoogle pasal Sarawak..Banyak gak info yang dapat..Yang penting HOTEL dan KERETA SEWA.. Yang lain tuh tak kisah sangat sbb dah sampai sana nanti pepandailah nak hidup..Survey hotel mana yang okeh, kena make sure hotel yang xmahal la sbb nk stay seminggu kan..kang duit abis tuk hotel je..xpatut xpatut..dan juga tak bebaloi..sebab bukan 24jam pun nak stay kat hotel..asalkan dapat tido dengan selesa da cukop..

Hotel kat Sarawak ni mmg banyak, tapi harga boleh tahanlah banyak jugak..Hoho..Ok, try cari hotel yang selesa dengan harga yang berbaloi..3 hari before pergi, tengok promo Tune Hotel..Wah, MURAH! MURAH! We all pun dengan konfidennye bookingla tanpa pikir panjang..Ok, hotel dah settle..Kereta sewa pun dah ada contact num..List tempat2 menarik kat Sarawak pun dah siap..Ok, tunggu masa jelah nak belayar..


16 January 2013 (Rabu)

8am : Gerak dari umah pergi ke LRT Putra Gombak then pergi KL Sentral

9am : Sampai KL Sentral terus beli ticket Sky Bus ke LCCT. Ticket one way RM10/person

10am : Sampai LCCT. Terus check-in. Lepaking sambil tunggu naik flight.

12am : Naik flight. Sarawak, here we come!

2pm : Oyeah! Jejak kaki sudah di Sarawak. Yeah yeah. Berpusing jugaklah kat airport cari mana tempat nak tunggu shuttle. Banyak kaunter yang offer cab. Adik agkt aku ckp naik cab mahal. So, we all berusaha gigih cari shuttle ke Tune Hotel. Tetibe tenampak ada 1 kaunter ni ada shuttle service ke Tune Hotel. Fuh..Sonoknye.. Ok, RM10/person..Best je naik Toyota Innova, duduk mcm bos kat belakang, naik 2 org je..Aku igt naik van yg kena share ngn ramai2 orang..ternyata tekaan ku itu meleset sama sekali..Hikhik..

2.30pm : Sampai Tune Hotel Waterfront. Check-in. Rest jap. Then sesiap keluar cari makan.

3pm : Agak blur lagi. Sebab tak tau mana nk cari tempat makan. Banyak yang tak bukak lagi. Masa tengah berpeleseran tuh, terjumpa plaks Muzium Cina kt tepi jalan. Dekat Main Bazaar. Okeh, singgahlah kejap. Amik2 gambar, besukaria jap kat dalam tuh, pastu bile dah bosan, keluar cepat2. Dalam Muzium Cina ni takde apa sangat pun. Just info pasal kaum Cina je. Muzium pun kecik je. Huhu. Perut dah start lapa.

Jalan2, nampak ada perahu tambang kat Waterfront tuh. Oh, mengikut apa yang aku google, perahu tambang ni menuju ke Kg Boyan. Kat Kg Boyan ni banyak sangat tempat yang jual kek lapis. Pastu ada food court jugak kat sana. Sebab xtau nak g makan katne. We all pun naiklah perahu tambang ni. Weh, punya rendah perahu ni. Rasa macam nak tenggelam pun ada gak. Aku ni dahla fobia dengan air laut, air sungai sume ni. Adoi. Cepatla sampai seberang. Plis plis. Eleh xsampai 3 minit pun naik, dah sampai Kg Boyan. Tambang 50sen je sehala utk seorang.

Masa dah sampai, banyak sangat rumah2 jual kek lapis dan ikan terubuk. Mengikut kajian yang aku buat, ramai suggest suh beli kek lapis kat Dayang Salhah. Sebab dorang kate sedap. So, misi mencari di mana kah Dayang Salhah tersebut bermula. Walaupun menempuhi pelbagai tempat yang jual kek lapis, kami pura2 xnampak kedai tesebut. Sampailah jupe jugak si Dayang Salhah tuh. Oyeah!

Bila masuk kat dalam tuh, sonoknye. Banyak gile kek lapis pelbagai design, nama dan perisa. U all boleh rasa dlu before beli. Abis sume we all rasa. Pastu bila dah kenyang, beli sebijik je kek lapis perisa Cadbury. Ngeh ngeh. Yelah, takkan nak beli banyak2. Nak simpan celah mana plaks kan. Nak balik kang baru beli lg.

Perut seperti memberontak sbb mahukan nasi. Kat Sarawak ni, kedai makan byk bukak kul 5pm keatas. Tgh hari cenggini kena msk mall la kalu nak makan. Nampak food court. Tapi banyak lg kedai xbukak. Ada 1 kedai je yg dah bukak. Order ayam penyet. RM8/set & air durian belanda yang sangat pure dan sedap gile babas. Ketagih. Lepas abih makan balik hotel rehat.


10pm : Adik angkat aku, Zakwan datang bawak we all gi makan kat RJ Ayam Penyet. Menurut beliau, ayam penyet kat cni sedap gile. Ok, harus dicuba. We all order Set Ayam Penyet Biasa (RM7.30). Air Ribena Sprite (RM3). Weh. Hari ni asyik makan ayam penyet je kan. Baru pasan.


12am : Sampai hotel. Tido sampai esok.

Mesti korang dah semput baca kan. Oklah, iklan jap. Layan gambo dulu okeh bebeh.


Gambar wajib kalau dalam flight. 
Motif gambar diambil : Nak eksyen


Macam biasalah. Cik Waty tu bising cakap lapar. So die tepaksa beli Nasi Lemak Pak Naseer ni sbb kecewa Nasi Beriyani xde. RM13. Bolehlah sekadar alas perut.


  
Dalam beg misteri ni ada towel dan toiletries


 
 Tilam & bantal yang empuk. Kipas yang laju. Xpayah pasang aircond pun dah sejuk gile.


 Tune Hotel yang kedekut tisu. Dah abis dorg buat dek je.


Aku suka shower kat tune hotel ni. Best. Bila mandi mcm xnak kua je. Ngeh2


Kekurangan Tune Hotel Waterfront, Kuching:

1) Nak Aircond kena bayar

2) Towel pun kena bayar weh

3) Nak tengok TV pun kena beli kredit. Kedek gile.

4) Takde water heater. Kalau nak air panas kena turun bawah beli kat cafe. We all beli air panas sbb nk masak megi cup, air yg ciput tuh cafe charge RM1 utk 1 cup. Cekik darah weh.

5) Kalau korang lupa nk letak tag (untuk tukar cadar) atas tilam, sampai bebile dorg takkan tuka cadar baru walaupun cadar korang tuh dah kotor tahap babas, dan busuk tahap kritikal. 

Pasni we all dah serik nak stay kat Tune Hotel yang 'pemurah' nih. Hoho. Nak tgk tv kena beli kredit tuh yang xtahan tuh. We all ada beli kredit 24jam. Dapat tgk sehari je. Pastu xleh on dah tv tuh. Kelakar gile. Xkuasa we all nk beli kredit tuk tgk tv. Jadi, hiduplah kami disitu menempuh hari2 mendatang tanpa tgk tv.


Kelebihan Tune Hotel Waterfront, Kuching:

1) Terletak kat tengah2 Waterfront. Senang nak access ke mana2. Jalan kaki je.

2) Tilam & bantal yg empuk, selesa macam kat hotel mahal. Hee.

3) Ada kaunter kat pintu masuk yg offer service macam airport transfer, kereta sewa (agak mahal) & tour.

4) Kipas yang laju. Xpayah pasang aircond pun sejuk gile. Seyes xtipu.

5) Shower yang best 
 

 
 Muzium Cina. Masuk percuma okeh. Silalah.


 Aku taktau nk cite apa pasal gamba ni.


 Pintu gerbang. Amboi kemain u posing kan waty.


 Ok hari ni kite belajar masak2 eh. Cepat salin sblm cikgu padam


 Mtk tolong pakcik muzium amikkan gamba. Sebaik cantik. Kalau x siap pakcik tuh.


 Muka gembira dapat naik perahu tambang 50sen. Jimat katanya.


 Nampak x dekat gile dgn air tuh. Ni aku amik gamba sambil tutup mata sbb takut.


 Bukti pegi beli kek lapis kat Dayang Salhah


 Sila jamu selera, jgn malu jgn segan. Sila sila


 Semua sedap2~!


 Macam2 perisa ada. Cadbury, cheese, Awan Nano pun ada.


 Suasana food court jam 3pm. Makcik cleaner menyanyi dgn gembira di suatu sudut


 Makan sambil tengok air sungai dan tepikir kan best kalau ada jambatan. Xpayah naik perahu lg time balik nnt


 Ayam Penyet kat food court ni RM8. Xsedap. Sup mcm berbau. Ayam xsedap. Sambal mcm nasi ayam. Sampai konpius. Aku order ayam penyet ke nasi ayam ni. Rasa mmg out!


 Air durian belanda ni RM2.50 je. Sedap!


 Welcome to RJ Ayam Penyet


Menu2 yang ada kat cni


RJ  Ayam Penyet Biasa cuma RM7.30 je. Kalau nak special RM8.80. Special tuh dorg add tahu dan tempe je pun.


 OMG! Banana cheese. Argh terliur! Ketagih gile. Nape kat KL xde jual eh.

Kalau u all datang ke Sarawak jgn lupa mkn kat RJ Ayam Penyet ni okeh. Sedap!

Aku igt aku mampu nak hapdet sampai abis. Tapi nampaknye mmg xberdaya. Sok aku sambung lg eh. 





 







No comments:

Post a Comment