Thursday 27 March 2014

Hye 2014,


Lama tak update. Bersawang. Berhabuk. Erm. Sunyi mcm hati ni jgk.

2014,

Banyak mengajar aku menjadi kuat.
Melatih aku menjadi penyabar.
Membuat aku tabah walau hakikat aku lemah

2014,

Akhirnya aku jatuh. Tersungkur yg dasyat
Hendak berdiri. Kaki aku kaku
Hendak berlari? Maaf aku tak mampu

Aku sesat. Dalam dunia aku sendiri
Dlm diri yang bekecamuk
Pemikiran yg merewang. Hati yg sepi
Ke mana aku patut pergi?

Aku cuba bangkit dari kesakitan.
Berdiri di kala sendiri
Sakit bagai di tusuk duri
Berikan aku ruang utk sendiri

Masa. Itu yg aku pinta
Sanggup aku bayar berapa yg kau pinta
Untuk kita sama-sama duduk sambil ketawa
Ya. Ketawa. Maybe sudah tiada?

Jika aku mampu pergi
Tidak perlu dihalau. Tidak perlu dipaksa
Akan aku buka langkah dan pergi
Tapi apa aku punya sakti?

Sakit. Aku cuma mahu bertanya
Apa itu bahagia?
Bagaimana rasa gembira?
Mengapa aku sudah lupa?

Aku mengejar tanpa had
Berlari sedaya mampu
Untuk melihat kau sentiasa dgn aku
Namun aku tidak mampu

Jika derita yang kau rasa
Berdiri. Berlari ke arah bahagiamu
Aku?
Akan sentiasa perhatikanmu

Terlalu lama aku bermimpi
Dikala aku tesedar. Ya.
Cinta tidak perlu di paksa
Lepas biar dia merasa bahagia

Aku?
Masa. Sunyi. Sakit.
Itu akan buat aku kuat.
Biarkan aku di sini
Memerhati mu dari jauh

Bahagiamu bukan dengan ku
Bangun syg. Teruskan langkahmu
Jangan pernah kau pandang ke belakang
Cari senyumanmu kembali
Aku sudah tidak mampu.

Aku mahu di sini
Mengenang apa yg jadi
Tinggalkan aku sendiri
Ingat janji aku padamu?

Aku tidak akan sayang kau sampai hujung nyawa, Tapi aku akan sayang kau sampai hembusan nafas yg terakhir.

Ya.Selagi aku bernafas.

2014,

Terima kasih.

Wednesday 8 May 2013

Trip to Pulau Pangkor



30 Mac 2013

Weeehooo. Lamo eh xhapdet belog. Fuh fuh (tiup habuk). Lap2 sikit pakai kain. Ha ok boleh da update.

Okeh, mukadimah tak harus panjang lebar barangkali sbb tahap kemalasan mencanak-canak waktu begini. Tapi tahap kebosanan yang melampaui batas harus disalahkan. Sebab bosan, tak tau nak buat ape, jd update belog. Yeah. Gamba harus byk dari Karangan okeh.


8.30am: Bertolak dari Gombak ke Pulau Pangkor. Lalu highway Plus, Hospital Sg Buloh - Bidor RM15.80


            
Okeh. Around 12:45pm sampai Jetty Pangkor. Parking kereta kat parking betingkat. RM10 utk 24jam. Aku sarankan parkingla kat parking betingkat sebab lebih selamat sikit. Terhindar dari panas dan hujan.


 Terpaksa menapak sikit dari parking ke jetty. Sian die bwk brg banyak. Sampai barang aku pn die nk bwk skali.  Tu mak ayah Waty. Saje bwk dorg pegi makan angin. 


 Baru tgk kedai2 ni je nafsu shopping dah membuak-buak

 Beratur beli ticket ferry lu. RM10 Dewasa, RM5 kanak-kanak. Harga tiket untuk pergi dan balik. Harap anda simpan tiket tuh ye. Kang nak balik kna tunjuk balik ticket tuh. 




 Nak gi mano tuh ferry? Den kek sini ha. Sini. (Sambil lambai2 tangan)


 Angin sepoi-sepoi beribu sesalan



 Sibuk betul tudung cik kak ni. Dapat amik separuh je. Ciss.


Okeh. Masa plan hari tuh, actually mcm tak jadi sbb da byk hotel,resort we all call dah penuh. Ni last choice. Tetibe ada kosong. Yeayyy. Terus packing barang. Heee. If u all nak stay sini, aku recommend la sebab bilik ok, facilities ok, dan harga pun berpatutan sangat. Cuma service housekeeping eh agak lambat sikit. Tepakse tunggu sejam baru dapat Check In. Dala letih dan lapar sebab menapak je.

Sila click link kat bawah ni untuk tengok website Purnama Beach Resort

http://purnama.com.my/rooms.html

We all masa tuh amik Standard Villa. Tu je yang kosong. Bilik okla besar. Katil, bantal, toilet semua ok. Astro pun ada. Wifi kat cafe je ada. Puas hati la dengan charge yang dikenakan.



Ni kete sewa we all. RM70/day lepas dapat discount RM20. Tu pn Waty kena bodek2 abg kete tuh sikit. *taktik* Mcm kete race tuh weh. Masa waty bawak sume dok pandang. Meluap-luap rasa bangga (-_-'). Ni  je kete yang ada. Masa baca blog org, macam senang je nak dapat kete sewa kat sini. Tapi agak susah gak aku rasa. Banyak taxi je (van kaler pink gitew) aku nampak kat situ. Kalau ada pun kancil RM90. Mahal lak aih. Dala kocik. Kete ni pun Waty tanya pak guard kat jetty tu. Pak guard tu tanya kawan eh. Camtu la citenye. Sekian. 

Nak dijadikan cite, baru je bwk kete ni dalam 5 KM minyak da xdo. Sebaik da check in sume baru nak wat hal. Langsung xleh start tuh. Amboi cik abg, apo cito eh ni. Takkan kosong langsung minyak. Waty call abg tuh, die mtk kwn die muka ala-ala Zakuan Adha ni dtg anta minyak. Panjang pulak cite kan. Baru td janji tak nak karangan lelebih. Ah lantakla. Ada aku kisah (angkat2 kening)



First place we all pegi adalah Kilang Satay. Ikut je maps kalau nk pegi sini. Pulau Pangkor ni kecik je. Pusing-pusing situ je. Patutla masa sewa kete abg tuh tak mintak deposit, tak mintak copy IC/lesen & etc. Minyak pn die ckp letak RM10 je da cukup tuk 2,3days. Weh, one more thing, if sewa kete jgn letak minyak bebanyak ok. Letakla RM10-RM20 cukupla begantung pada jenis kete yg korg pakai. Sebab kete sewa we all kete race kan, minyak kena letak byk sikit la. Ni cite psl Kilang Satay ke psl kete sewa lg ni. Ok, focus focus. Bebalik pada topic asal.





 Pilih jgn tak pilih




 Macam-macam perisa ada. Silalah cuba.

 Actually nama je Kilang Satay. Mesti orang ingat kalau beli kat kilang murah gile babas kan. Itu sume helah semata. Sampai ati Kilang Satay ni tipu pasaan titew sume tau. Harganya adalah tidak murah okeh. Nak murah gi beli kat Jetty di Pekan Lumut sana. Lagi murah voge de vas kebabom. 

 
 Ha, ni lah taxi pinky omey angat. Kalau tak nak sewa kete, bleh sewa taxi ni. Dengar cite RM90 1 van untuk 1 hari g jenjalan sekitar Pangkor. Better sewa kete kot. Lebih jimat dan boleh pegi bejimba sesuka hati u all.


 Hee. Otw balik resort, singgah kat sini jap. Tak igt da nama tempat ni. Air cantik sgt walaupn jambatan tuh dah nak reput dimamah usia. Eh eh ada bendera BN la kt blkg. Baru pasan.


 Alolo. Omeynye.

Seharian belom makan lg. Kat sini kedai makan byk bukak petang. So ni baru je bukak ni. Tapi kan, pls la jgn makan kt sini. Sebab semua yg we all suh masak sume out. Tak sedap. Mtk laici ais bg laici kordial. Apekah? Mahal & tak sedap. Menyesal tak pegi kedai yg abg "Zakuan Adha" tuh suggest. Sobss. Ini sume salah ikan buntal ni auw. *tetibe*



 Hasil yg mengecewakan di masa perut tgh lapaq. Kalau nk mkn, sila pergi ke kedai No.2 atau No.3 dari depan sekali if aku tak silap. Abg Zakuan Adha tuh yg suggest. Tak tau la sedap ke tak. Aku bgtau je. Kalau xsedap slhkan ikan buntal tuh. *tetibe lagi*


 Time abiskan duit. Hehe. Beli barang wajib iaitu fridge magnet & keychain.





31 Mac 2013

Jam 9am we all da sesiap kua nk g snorkeling. Pakej ni we all amik kat abg kete sewa tuh. Die ada buat pakej round pulau + snorkeling. RM70 untuk 1 boat besar. RM60 boat kecik. Actually boat besar RM80 ke RM90 kalau aku tak silap. Mcm biasalah. Waty gunakan *taktik*. Untuk perempuan, sila guna tips ini okeh. Ia nya sgt membantu menjimatkan wang anda. Bodek je. Bukan goda. Harus faham ye.

Comeynye die punya short. Glow in the dark tuh.

Bestnye picnic.Titew nak join bole?


 Nampak tak bentuk apa tu? Macam ikan paus kan. Natural okeh. Bukan org ukir.

 Tadaa..da smpai tempat snorkeling. Nak turun takut. Tengok dari atas boat. *Eksyen*

 Abg boat tuh bwk roti and bagi kt we all suh baling dlm air. Mencanak-canak ikan timbul. Tepanjat boboy.

 Hehe. Finally turun jgk. Seyes ni pestime aku snorkeling. Memula mmg takut habis masa turun dari boat. Mak aii dlm bonar air eh. Dala den xroti swimming. Amboi speaking tuh. Pegang tali je smpai ke daratan. 


 Leklok tau. Kat sini banyak sgt bat karang. Luka jgkla kaki dibuatnye.

 Manjanye. Alololo

 Macam bentuk buaya kan kan kan.

 Ni pulak mcm bentuk penyu. Cer focus bebetul.


 Okeh if u all nak amik pakej2 ni, aku suggest amik kat SF Water Sport. Business card abg tuh tak tau mana aku letak. Nanti aku cari balik eh. Korang leh la call abg tuh if nak sewa kete race die tuh jugak. 


Setelah berejam bercanda di tepian pantai, sampai lupa da nk kena Check Out. Begegas balik ke resort dgn berlari-lari anak sambil menyanyi lagu riang. Sempat juga berenti membeli apam balik 50sen 50sen di tepi jalan u know. 


 Before balik, we all pegi melawat ke Kota Belanda ni jap. Hee. Yela bile lagi nk pegi kan. Kota Belanda ni landmark kat umah-umah orang. Macam tak berapa nak nampak sangat. Tapi teletak tepi jalan je. 
















After dat, we all singgah kat Batu Bersurat pulak. Batu Bersurat ni bukan la yg mcm kat Terengganu yow. Batu ni orang-orang kat situ ckp ianye seolah-olah "hidup". Macam membesar la. Makin lama makin besar. Ha gitew la citenye. Cakap banyak tak guna. Tengok jela gamba.
 

See, da nak smpai ke bumbung da batu ni. Bosar bona. Batu Bersurat ni teletak kat area Kota Belanda. Sangatla dekat. Jalan kaki tak sampai pun seminit apetah lagi kalau berlari. Tapi we all pegi situ naik kete.

 Oklah semua, tamatla cite gembira semasa di Pangkor. After da tak tau nk g mana, we all grk gi jetty dan sampai la di Lumut. Singgah kat deretan kedai kat situ beli ikan pekasam. Kat sini u all boleh la kalau nk beli satay ikang ke, atau pape jela berasaskan hasil laut coz sini lebih murah dr kat Pangkor. Kalau nk beli tshirt pun carila kat sini. Macam murah je aku rasa. Menyesal auw beli kat Pangkor.


Otw ke Ipoh, kengkonon nak gi makan Nasi Ganja (nasi kandar) yg pemes kat sana. Kemain guna google maps. Dala agak jauh. Last2 sampai tutup weh. Nanges guling2 dlm kete. Menci pasaan cmni tau. Suka mainkan pasaan titew. Ni sume salah ikan buntal! *tetibe sangat sangat*

So, last choice Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung. Orang ckp sedap jgk kat sini. Lapar kan. Perut i suka nyanyi lagu Najwa Latif bejudul Kosong kosong kalau die lapa. *tetibe sangat*

 Murah kan siakap tesebut




 Mcm feel kat pantai je kan. Kerlasss gittew

 Bercanda di tepian pantai.. lalaalalalala...memadu asmara


 Kailan ikan masin (sedap), sotong goreng tepung (tak berapa sgt), tomyam campur (sedap gile babas!)

Siakap tiga rasa. Terlalu manis. Okla if nak makan kt sini. Kedai agak cantik dan kebersihan bolehla suam-suam kuku. Service tak cepat tak lambat. 3*.

Gerak balik ke KL. Jem teruk ya rabbi. Sebaik dah kenyang. Ditambah pulak hujan lebat dat time. Sedapnye tido. Sekian dari saya melaporkan untuk ----------- *siaran tamat*