Hello,
Today ada masa sket nak hapdet sambungan trip ke Sarawak bulan lepas. Kali ni nk cite pendek2 je sebab letih weh type pepanjang. Korang pun confirm semput nak baca kan. Aku paham tu sbb aku pun sama cam korang gak. Kalau baca blog orang yang byk tulisan je mesti aku malas nk baca. Aku lebih suka baca blog yang banyak gamba dari tulisan.
Hari tu sempat cite pasal hari pertama kat Sarawak je kan. Dis time nk cite dari hari kedua smpai abis. Sebab dah banyak lupa apa yg aku buat kat sana. Yela dah nk dekat sebulan baru nk post kan. Ni pun igt2 lupa je ni. Xpe aku akan perah dan kerah otak ni supaya dapat igt apa yang berlaku masa kat sana.
So, marilah baca dan tgk gamba yang aku hidangkan ni. Zasss~!
17 January 2013 (Khamis)
1pm : Sebab kenyang sgt makan Ayam Penyet we all bangun lambat. Ni sume salah Ayam Penyet. Besiap dengan rakus, tunggu kete sewa sampai. Sampai cairla mekap tggu kete sampai. Bencik tau.
1.30pm : Oyeah, kete dah sampai. Sewa kete kancil je yg mampu. Oklah dr xde kan. First place nk pegi today adalah Fort Margherita. Walaupun guna GPS kat Hp, sesat tahap melampau jgkla. Siap lalu tol tuh. Bila sampai je, Fort Margherita tuh ditutup utk renovation. Stress weh. Stress sgt. Xsuka pasaan kecewa macam ni.
Punya ssh nk cari Fort Margherita ni smpai sesat lah ke Kg Boyan. Benti beli kuih muih sbb lapa sgt. Sobs.
Beli Cucur Udang RM1 / 4 ketul
Nasi Lemak + Ikan Masin RM1
Sosej & Fish Ball 50sen secucuk
2pm : Lepas kenyang hasil dari memakan kuih muih dan nasi lemak, we all xtau nk g mana dah. Last2 pegi Muzium jelah. Gembira sebab sume Muzium kat Sarawak ni masuk FREE okeh.
Depan batu besurat Muzium Fossil Sarawak. Muzium ni ada 2 tingkat. Tingkat bwh info utk fossil. Tingkat atas info psl budaya sarawak, replika rumah panjang & etc.
Muka kena paksa gembira sbb beliau xsuka amik gamba. Tak suka publisiti katenye.
Dah nama pun muzium fossil kan, so banyaklah haiwan2 yg telah diawet kt dlm ni. Ni kura2 original okeh. Sian dorg teperangkap dlm frame tuh.
Pandai monyet2 tuh posing kan.
Kemain suka Waty dapat amik gamba dgn lembu.
Hewan paling pemes kat Sarawak
Dalam Aquarium ikan
Nak amik gamba dgn ikan ganas2 je
Fossil Dinosaur.
Cangkerang Mutiara. Agak2 mutiara dlm tuh besar mana la eh.
Gambar ni tehasil ehsan dr mtk tlg kat org amikkan. Ssh kalau becuti 2 org ni. Nk amik gamba bedua sgt tebatas. Ni dpn Muzium Seni. Belakang tuh Muzium Fossil Sarawak.
Okeh, pas abis geledah apa yg ada dlm Muzium Fossil Sarawak tu, we all gi Muzium Seni plak. Muzium ni xde pape sangat. Mcm bosan. Ada hasil seni jela. Macam patung yg diperbuat dr tin2 kosong, zink atau lebih afdal barang2 buangan tepakai. Gambar xde sbb xleh amik gamba. Kat Muzium Fossil pun xleh amik gmba actually. Tapi amik sorok2. Wehehehe.
Amik gamba dpn Muzium jelah.
Cantik tiang kat belakang tuh ;p
Pewiitttt
Muzium ape tah nama. Lupa. Tp kena bayar RM4 xsilap. Xmasuk sbb org kate lbh kurang cm muzium fossil tuh jgk. Kalau free confirm we all masuk dah ni. Tehehe.
Kami teruskan bejalan kaki ke Dewan Tun Abd Razak. Kena naik jejantas baru leh sampai sini. Masa pegi ni ada pameran keranda. Info pasal macam mana upacara kematian untuk kaum2 yg ada kat Malaysia ni. Seram sejuk plak rasa. Gamba xdibenarkan weh. So xde gamba yg tehasil.
Posing kalah model deodarant
Jangan lupa singgah kat Muzium Islam. Sebelah Dewan Tun Abd Razak. Tak nampak sgt sebab building seakan tersorok.
Amik gamba sorok2 sbb da usha line da. Clear clear.
After penat bekeliaran di perkarangan Muzium, we all pun bebincang hala tuju pasni. Masing2 tak tau nk g mana. So singgah kat Parkson Merdeka Palace sbb nk beli water heater. Semua mahal2. Pastu tepikir cmne nk bawak balik nanti. Buat penuh bag je. Nak beli ni pun sbb nk mkn megi je. Wehehe. Byk sgt we all beli megi cup hari tuh. Tepaksalah. Kul 5pm smpai hotel. Mkn megi, mandi & tido. Oyeahhh~!
18 January 2013 (Jumaat)
10am: Bangun awal sungguh sbb perut lapa. Yelah mana taknye semlm xmkn nasik kan. Owh, hujan lebat ler pulok. Lari2 masuk kete, tepasan ada saman. Alamak lupa plaks nk beli kupon parking. Kat cni kupon ssh sket nk beli. Xmcm kat Melaka. Merata2 ada jual. Kalau nk beli, pegi kat kaunter parking kt area CIMB Bank. Ada jual kt ctu. Harga kupon 1 buku RM4 je. Tapi dorg charge RM4.25. Nak untung lebih sketla tuh.
Gerak pegi area Medan Niaga Satok. Tp suasana begitu muram. Cewah ayat. Kalau nk pegi sini kena ikut signbod Matang. Pastu br ada nampak signbod Medan Niaga Satok. Almaklumlah, Sarawak mmg xbyk signbod. Sesat tu normal da we all rasa. Pegi hari Jumaat kan. Mmg xde pape sgtlah. Sabtu & Ahad baru meriah. So, sok jelah pegi shopping kt sini. Lapa..lapa..Kedai makan, plis muncul skg..
Masa round2 kat area Matang Jaya xsilap, jumpa kedai makan Sense Food Station. Sbb lapa sgt, mls nk cr kedai makan len. Trus je parking n msk makan.
Macam biasalah, order Ayam Penyet Istimewa sbb nampak dlm gamba mcm sedap. Ayam penyet lg. Tskk
Sudu yg direndam dlm air panas utk pastikan sudu sntiasa bersih. Yakin dan suci.
Nampak cantik je kan. Tapi xsedap pun. Meh nk komen sket. Ayam agak bebau, sup tawar & sambal mcm sambal nasi lemak. Sambal agak manis dan xpedas langsung. Kecewa btl. Tp sbb lapa mkn jela.
Fresh Orange. Sedap.
Satay Sarawak. We all order satay kambing, daging & ayam. Satay agak nipis. Terlalu rasa rempah. Kuah kacang xberapa sedap sgt.
Dari segi kebersihan dan service mmg agak cepat. Yang tuh aku suke ;p
After dah kenyang, we all gerak pegi Damai Beach Resort. Nk tgk laut. Oyeah. Tapi ujan lebat sgt. Xpela pegi jela kan. Mana tau smpai sana nnt ujan da benti. Heee. Perjalanan dari Matang ke Damai Beach Resort amik masa dalam 45minit jugak la kalau xsilap. Tapi xrasa mcm lama pn sbb leka tgk pemandangan kan. Nape ayat aku semakin lama mcm makin skema je aku rasa. -_-'
Ni masa otw ke Damai Beach Resort. Cantik gile Gunung Santubong tuh kan. Teruja weh. Sampai nk drive pn xsenang hati sbb asyik nak tgk gunung je.
Sanggup benti tgh2 jalan sbb nk amik gamba signbod ni.
Bila sampai Damai Beach Resort we all mcm xconfident je nk masuk sbb mcm tahla. haha. Mayb sbb we all xstay kat situ kan. Kang security ty nk g mana tak tau plak nk ckp ape. So we all kua dr DBR, then tenampak Kampung Budaya Sarawak kat sebelah DBR ni. Ape lagi singgahla kan. Hujan semakin lebat dan lebat dan jgk lebat. Lepak dlm kete tggu hujan reda sket. Yela payung xde. Kaki waty plak luka. Xleh nk lari2 riang kan. Jam pun dah dekat kul 3pm. Kalau masuk pun dpt msk kjp je. Hujan plak mcm xde tanda nk benti je. Kalau kaki waty xluka, mayb blh la belari msk. Tapi nk jln pn tehincut2, kesian plak kat die. So, postpone la besok ke pegi sini. Gerak balik hotel.
Dapat amik gamba signbod slmt jln je. Okla dr xde. Tragik btl kisah kali ni.
Masa otw nk balik ramai org jual jeruk2 ni. Nampk mcm sedap dan murah plak tuh. Tepaksa benti.
RM1.30 sebungkus. Murah btl. Dapat percuma asam plak tuh.
Jalan depan sket nampak kedai2 lain jual RM1 sebungkus. Pura2 xnampak. Ciss *-*
Sayur Midin. Pemes kat Sarawak. RM2 seikat.
Before balik hotel, we all singgah Klinik 1 Malaysia kat area Matang Jaya sbb tgk kaki Waty mcm dah parah sgt tuh. Darah xabis2 keluar. Punca luka sbb telanggar apetah, die sendiri xtau. Cuci luka then balik hotel. Mandi dan rest. Mlm kang br kua cr mkn. Baru pasan. Hari ni hari utk makan je. Sume cite psl mknn.
9pm : Sesiap g makan kat Top Spot. Kalau g Sarawak tak pegi makan kat sini agak rugi sketla. Sebab kat cni makan seafood murah dan sedap. Hee. Bukak around kul 6-7pm xsilap aku. Food court kat level 6. Level lain sume tmpt parking je aku rasala. Parking RM2.
Masa naik tuh punya byk kedai makan. Semua kedai Cina. 1 kedai je Melayu dan jgk kedai air. Dun wory dorg ada sijil Halal. So insyaallah makanlah tanpa was2 wlpn ada perasaan was2 tuh.
We all makan kat Ling Long Restaurant. Sebab baca kat blog org kate sedap. Banyak gak we all order. Nebes sbb pestime mkn kat kedai cino. Bismillah...!
Nmpak tak tanda Halal kat belakang tuh.
Pilih pilih.
Xsabo nk makan ;p
Dimulai dgn membelek menu
Muka tak sabar nk makan.
Tak payah nk mintak. Semua dah ada atas meja
Kupang grilled. Sedap!
Sotong goreng tepung. Sos dan sotong sedap!
Midin goreng kangkung. Sedap!
Butter prawn. Sedap gile!
Siakap 3 rasa, bolehlah. Hee.
Jemput makan!
Teh C. Macam Teh ais je rasanye.
Kalau dtg sini, try la mkn kt Ling Long Seafood ni. Mmg sedap. Pantas. Sekejap je dah sampai. Kalau lapa tuh xsempat nk kebulur la. Total semua ni RM97. Mana nk dpt kt KL mkn gile byk cmni harga gile murah cmtu. Smpai skg teringat2 butter prawn yg sdp tuh. Oh.
Balik hotel dgn hati yg gembira sbb dah kyg tahap babas.
19 January 2013 ( Sabtu )
7am : Kemain awal bangun. Hewhew. Excited nk pegi Pasar Serikin. Disebabkan nk ke sana amik masa nk dekat sejam dats y kenala gerak awal sket. Sebab sumber2 mengatakan yg kat Pasar Serikin tuh agak panas ya amat. So kalu nk shopping kenala pg awal sket. 2,3 hari ni asyik hujan je kat Sarawak tau.
Dari Waterfront ikut signbod nk ke Batu Kawa/Lundu > Bau > Serikin. Mmg kena guna GPS sbb signbod mmg ssh nk jumpa. Nk dekat smpai baru ada signbod. Masa nk dekat smpai tuh, we all tebabas g tempat lain sbb GPS masa tuh mcm da terstop. So, kena la benti ty org kg kat ctu. Punya jauh we all telajak. Nk dkt 15min gakla pusing balik. Then sampailah kat Pasar Serikin tuh. Time tuh kat sana xujan. So panas ye mmg agak terik.
Parking RM2. Memang teruja sgt sbb byk gile kedai2 kat situ yg jual memcm barang lah. Antaranye:
Handbag semua ni RM27 je. Sila mtk kurang lg. Mana tau dpt RM10 je. Hikhik
Kain Pasang Indonesia
Pelbagai jenis kasut
Blouse. Kalau kat KL RM49.90 ke atas selai, kat sini RM25 je selai.
Kain batik & kain pelikat strt from RM10
Telekung starting from RM35
Cantik kan. Rambang bijik mata
Kalau beli ni ssh plak nk bwk balik
Comel gile drum ni. Tingin nk beli. Kalau dkt dah lama da beli ltk kt uma wat pehiasan
Murah & manis buah salak tesebut
Kuali pun ada jual. Sume ada kat cni.
Sekilo RM2. Kt KL Ado?
Jamu & ubat ubatan
Tikar
Memandangkan Pasar Serikin ni sempadan dengan Kalimantan, so penjual2 kat cni rata2 nye org Indonesia. Kalau u all nk beli, sila la tawar menawar. Myb korg akan dpt harga yg korg nk. Kalau dorg xnk bg kurang, u all blah je. Nanti dorg akan panggil korg dan bg harga yg korg nk. Hee. Sonok2. Tapi jgnla mtk kurang yg melampau sgt okeh.
Pasar Serikin ni bukak Sabtu & Ahad sahaja. Kalau u all pegi weekdays, mmg xde papela kan. Byk gaks hasil tangkapan yg we all beli. Sampai duit dah abis pn xsedar. Pempuan kan. Kalau dah shopping mmg lgsg xigt pape. Kenyataan.
2pm : Gerak balik Waterfront. Singgah jap kat Gua ape tah namanye. Takde pape pn. Mcm tempat sembahyang kaum Cina je.
Singgah kat Tasik Biru jap.
Air tasik ni mmg mcm kaler biru. Jernih dan bersih.
Kalau u all pergi Pasar Serikin ni, jalan nk menghala ke sana byk gak tempat2 yg u all bleh singgah jap amik gamba. Mcm Wind Cave (Gua Angin) , Tasik Biru, & Fairy Cave. Tapi xde pape pun yg best kat cni.
Masa nk smpai Waterfront, ternampak signbod Jong's Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong. Sesat jgklah masa nk sampai tuh sbb telepas simpang. Huhu. Jalan masuk ke situ agak bebatu2. Ticket nk msk dlm tuh RM16 utk dewasa . Huih. Tgk buaya je pn mahal. Hee. Malas la nk msk. Amik gamba jela. Hikhik.
Pastu we all singgah kat Pusat Hidupan Liar Semenggoh a.k.a Semenggoh Wildlife Centre jap. Dgn harapan dapatlah tengok orang utan. Tapi org kaunter tuh ckp time tuh musim buah. So dorg mmg xkan keluar. We all smpai lambat skit, sbb time dorg makan kul 3pm. Sobs. Sedih. Kecewa. Org kaunter tuh sarankan we all xpyh masuklah sbb mcm membazir. Kalau msk pun org utan bkn ada pn. Ticket nk masuk RM5 utk dewasa. Kanak2 aku lupa bape. Sbb aku kan dewasa, so aku ty harga utk dewasa jela. Hoho.
Kempunan nk amik gamba dgn org utan yg real. Tepaksa riangkan hati amik gamba dgn patung ni je. Sobs
Okeh2, misi shopping lom abis lg. Now otw to Pasar Satok plak. Ala yg kt Medan Niaga Satok tuh. Pasar ni kan meriah weekend je. So singgahla kejap. Mak aiii, ramainye org. Punya lama we all cr parking. Last2 mmg jauh la menapak. Dgn hujan yg turun bagaikan mutiara. Ha, tgk dah tenyanyi dgn tiba2.
Masa we all smpai tuh dah pukul 430pm cmtu kot. Xbest sgt bejalan dlm hujan renyai2 tanpa adanye payung. Tak tau nk beli ape. Kat sini byk btl jual buah2, ikan terubuk dan sayur2. Mmg memurah.
Kepok lekor Sarawak. 1 bekas RM2. Rasa xsesedap kepok lekor semenanjung
Pestime mkn buah tampoi. Sedap smpai ketagih. RM1-RM2 seikat.
Buah belimbing. 50sen je. Murah wehhh
Kat sini ada jgk jual souvenir, tp aku suggest u all beli kat Main Bazaar jela. Mcm aku beli fridge magnet 4pcs RM10. Kat Main Bazaar 6pcs RM10. Tension je. Kalau nk beli Tshirt blehla beli kt cni. Tapi byk kain nipis. So agak murahla. Kalau nk cotton yg tebal sket. Mahal la sket. Rugi xbeli tshirt kt Serikin. RM10 je selai. Cotton tebal plaks tuh. Errr.
Today hari shopping sedunia. Letih tahap dewa. Balik hotel. Tido sampai xsempat nak mimpi pape.
20 January 2013 ( Ahad )
11am : Makan kat Coffe O Corner. Sebelah RJ Ayam Penyet. Asyik mkn ayam penyet je. Laksa Sarawak & Mee Kolok xtry lagik kan. So aku order Laksa Sarawak, Waty order Mee Kolok.
Menu yg xde nama makanan dan jgk harga
Mee Kolok
Laksa Sarawak. Sedap jgklah.
Roti Prata Beef. Kuat sgt bau daging. Huhu.
Service kedai makan kat Sarawak ni mmg cepat2 lah aku rasa. Baru je order, xsmpai 10 min mknn da smpai
Singgah kt Ratu Ayam Penyet mkn banana cheese. Hee. Kalau nk mkn banana cheese aku suggest mkn kt RJ Ayam Penyet atau RJ Ayam Bakar sbb murah sket dan sedap. Kat Ratu Ayam Penyet ni xsilap aku RM6 ke RM7 sepinggan ni. Ratu Ayam Penyet ni kat area Matang Jaya. Dkt Klinik 1 Malaysia.
Then after makan we all pegi Pasar Satok lg. Nak beli pape yg patutla. Sampai sana dlm kul 1pm. Ramai yg da nk tutup. Oh hari Ahad tutup awal dlm kul 1-2pm. Kalau sabtu smpai kul 7pm. Beli Tshirt, Ikan Terubuk And xlupe buah tampoi. Ngehngeh. Kalau nk beli ikan terubuk beli kt Pasar Satok eh. Sebab murah sket. RM10 dptla 3 ekor. Beli 6 ekor Free sekor.
Rushing balik hotel sbb nak anta kete sewa. Huhu.
Mr David. Sesape nk sewa kete lehla sewa dgn dia. Baik. Kete pun cantik lg. Nnt aku mtk number Mr David ni kat Waty.
3pm : Kua hotel bejalan kaki ke Main Bazaar. Banyak gaks we all borong souvenir. Tshirt, bag, fridge magnet, keychain and etc. Sini okla kalau nk beli. Murah dan byk pilihan. Tapi jgn pegi ptg sgt sbb byk kedai dah tutup nnt.
Lepaking kat Waterfront tgk ada org busking. Huhu. Sedap suara abg ni. Hensem pun hensem. Byk lagu die nyanyi. Smpai ke mlm we all kat situ. Teleka btl tgk die busking.
21 January 2013 ( Isnin )
Xtvt for today bepeleseran kat sekitar Waterfront dgn bejalan kaki.
Pakcik tuh buat peace yoooo
Dewan Undangan Negeri Sarawak
Murah kan? Napela xjupe tempat ni dulu. Da byk gile we all beli baru jumpa tmpt semurah ni. Ni betul2 kat dlm bangunan yg tetulis Main Bazaar. Bukan deretan kedai2 yg banyak2 tuh.
I suka gmba ni. U nampk comel angat waty ;p
Kaum Melayu
Nape kaki kaum ni kena ikat? Kenapa kaum Melayu & Cina kaki dorg xkena ikat? Tanda tanya disitu
Kaum Cina
Yg ni kaki kena ikat sebelah.
After lunch balik hotel rest. Kul 430pm keluar balik sbb nk naik Sarawak River Cruise.
Kemain pakcik ni mancing. Sekali 3 pancing tuh. Tamak betul -_-
Sarawak River Cruise. RM60 utk dewasa. Kalau beli awal pagi dpt murah sket
Bahagian bwh kapal
Bahagian atas kapal
Free Kek Lapis & Fresh orange
Pestime tgk orang Sarawak menari pakai cenggini dpn mata. Salu tgk lam tv je.
Sexy tuh
Sarawak River Cruise ni akan bwk u all menyusuri sungai Sarawak selama 2 jam. Start dr kul 5pm - 7pm.
Turun je kapal, we all pegi Kg Boyan. Nak beli kek lapis utk bwk balik esok. Then g makan kat RJ Ayam Bakar. Ayam Bakar kat sini mmg sdp sgt2. Sambal sedap. Ayam sedap. Rugi sbb dpt mkn skali je. Sok nk balik da. Tskkk. -_-,
Kualiti gamba xmemuaskan sbb amik guna fon. Camera ba3 da kong. Seyes sedap. Terliur. Ergh
Balik hotel, packing barang & rest. Sok pepagi lagi nk kena bgn dah. Flight kul 1030am. Nanyte~!
22 January 2013 ( Selasa )
Cam xcaya je da seminggu kat Sarawak. Macam mls je nk balik. ;( Aku da mcm suka je kt Sarawak ni. Tenang je. Orang kat sini baik2. Banyak lg tempat xpegi. Actually tingin sgt nk pg Tmn Negara Bako. Tapi sbb kaki waty luka tpakse cancel. hee. Xpela next time aku igt nk pegi sini lagi. Tapi xtau la bile kan. Pape pun, Sarawak mmg best ! Jumpa lagi Sarawak~! : )
P/s: Tempat2 yang aku xsempat nak pergi yg ada dlm list aku:
-Kg Budaya Sarawak
-Taman Negara Bako
-Muzium Kucing
-Taman Sahabat
-Rumah Panjang Anah Rais
-Sinar Serapi Eco Theme Park
-Kubah National Park
-Dewan Suarah Kuching
-Fort Margherita (tutup sbb renovation)