Hye 2014,
Lama tak update. Bersawang. Berhabuk. Erm. Sunyi mcm hati ni jgk.
2014,
Banyak mengajar aku menjadi kuat.
Melatih aku menjadi penyabar.
Membuat aku tabah walau hakikat aku lemah
2014,
Akhirnya aku jatuh. Tersungkur yg dasyat
Hendak berdiri. Kaki aku kaku
Hendak berlari? Maaf aku tak mampu
Aku sesat. Dalam dunia aku sendiri
Dlm diri yang bekecamuk
Pemikiran yg merewang. Hati yg sepi
Ke mana aku patut pergi?
Aku cuba bangkit dari kesakitan.
Berdiri di kala sendiri
Sakit bagai di tusuk duri
Berikan aku ruang utk sendiri
Masa. Itu yg aku pinta
Sanggup aku bayar berapa yg kau pinta
Untuk kita sama-sama duduk sambil ketawa
Ya. Ketawa. Maybe sudah tiada?
Jika aku mampu pergi
Tidak perlu dihalau. Tidak perlu dipaksa
Akan aku buka langkah dan pergi
Tapi apa aku punya sakti?
Sakit. Aku cuma mahu bertanya
Apa itu bahagia?
Bagaimana rasa gembira?
Mengapa aku sudah lupa?
Aku mengejar tanpa had
Berlari sedaya mampu
Untuk melihat kau sentiasa dgn aku
Namun aku tidak mampu
Jika derita yang kau rasa
Berdiri. Berlari ke arah bahagiamu
Aku?
Akan sentiasa perhatikanmu
Terlalu lama aku bermimpi
Dikala aku tesedar. Ya.
Cinta tidak perlu di paksa
Lepas biar dia merasa bahagia
Aku?
Masa. Sunyi. Sakit.
Itu akan buat aku kuat.
Biarkan aku di sini
Memerhati mu dari jauh
Bahagiamu bukan dengan ku
Bangun syg. Teruskan langkahmu
Jangan pernah kau pandang ke belakang
Cari senyumanmu kembali
Aku sudah tidak mampu.
Aku mahu di sini
Mengenang apa yg jadi
Tinggalkan aku sendiri
Ingat janji aku padamu?
Aku tidak akan sayang kau sampai hujung nyawa, Tapi aku akan sayang kau sampai hembusan nafas yg terakhir.
Ya.Selagi aku bernafas.
2014,
Terima kasih.